One Hour Malaysia Clean Up & Gotong Royong Komuniti di Taman Barakah, Tanah Merah

TANAH MERAH, 17 JANUARI 2026 (SABTU) – Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah turut serta menjayakan aktiviti Gotong-Royong yang bertempat di Taman Barakah dan kawasan sekitar.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan COMBI Taman Barakah sebagai usaha proaktif dalam menjaga kebersihan persekitaran serta mencegah penularan wabak penyakit bawaan vektor di kawasan setempat.

Dalam aktiviti tersebut, Bahagian Kebersihan MDTM telah memberikan sokongan penuh melalui:

🚛 Penyediaan Tong RORO: Bagi memudahkan penduduk melupuskan sampah pukal dan sisa pembersihan secara sistematik
🧹 Peralatan Pembersihan: Membantu melancarkan gerak kerja komuniti di lapangan
👷‍♂️ Sokongan Tenaga Kerja: Memastikan proses pengurusan sisa di tapak program berjalan lancar

Pihak MDTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PKD Tanah Merah, komuniti COMBI, dan seluruh penduduk Taman Barakah atas kerjasama yang diberikan. Komitmen padu seperti ini amat penting bagi memastikan kelestarian kebersihan bandar kita sentiasa terpelihara.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#OneHourMalaysiaCleanUp
#tanahmerahbersihindahceria
#MajlisDaerahTanahMerah
#tamanbarakah

Lihat di Facebook