Operasi Bersepadu Kempen Pasar Malam Bersih 2026 Medan Tijari Tanah Merah

​TANAH MERAH, 20 JUN 2026 (SABTU) – Majlis Daerah Tanah Merah dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa telah melancarkan Operasi Bersepadu Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026 pada hari ini. Operasi ini telah berlangsung bermula pada pukul 6.00 petang bertempat di Pasar Malam Medan Tijari, Bandar Tanah Merah.

Pelaksanaan program ini bertujuan bagi memastikan tahap kebersihan dan pematuhan peraturan oleh para peniaga berada pada tahap yang terbaik.

Sepanjang operasi pada hari ini, wakil daripada Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan MDTM serta Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah mengambil inisiatif proaktif dengan mengedarkan panduan pakaian pengendali makanan kepada para peniaga di tapak pasar malam tersebut. Manakala, pihak KPDN Tanah Merah pula turut memainkan peranan mereka dengan memberikan peringatan berkaitan kewajipan mempamerkan tanda harga barangan kepada para peniaga.

Selain itu, MDTM turut membuka kaunter pembelian barangan kitar semula termasuk minyak masak terpakai dan turut serta kempen kemanusiaan untuk Gaza oleh syarikat Jasmine Food Corporation yang merupakan penaja khemah seragam kepada peniaga-peniaga Pasar Malam Medan Tijari.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#kempenpasarmalambersih
#pasarmalammedantijari
#tanahmerahbersihindahceria

Lihat di Facebook