TANAH MERAH, 22 April 2026 (Rabu) – Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi Gempur Lesen melibatkan beberapa lokasi sekitar daerah ini bagi memastikan pematuhan undang-undang pelesenan oleh peniaga.
Operasi telah dijalankan di sekitar Kampung Bukit Bunga – Batu Gajah, Kg Chedok, Simpang 4 Jalan Ismail Petra, Simpang 3 Batu 11 hingga Batu 4, Lebuhraya Tanah Merah–Jeli serta Jalan Panglima Bayu.
Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan dan tindakan telah diambil seperti berikut:
*Enam (6) Notis Amaran dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, UUK 3: Berniaga Tanpa Lesen
*Lima (5) Kompaun dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan:
* UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, UUK 3 Berniaga tanpa lesen
* UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, UUK 7(1) Tidak memperbaharui lesen
* UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, UUK 17(1) Pekerja gagal menjalani pemeriksaan kesihatan
* UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, UUK 34(2)(a) Pekerja wanita Islam tidak menutup aurat
Operasi ini melibatkan beberapa pecahan kumpulan dari Bahagian Pelesenan MDTM dan Bahagian Penguatkuasaan yang menjalankan pemantauan secara bersepadu di lokasi tumpuan.
Pihak Majlis ingin menasihatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan serta memastikan operasi perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Para pemilik perniagaan yang dikenakan tindakan juga diminta menjelaskan kompaun dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan perundangan diambil.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #OperasiGempurLesen #PematuhanUndangUndang