TANAH MERAH, 29 April 2026 (RABU) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan MDTM telah melaksanakan Operasi Gempur Lesen Kedai Makan/Restoran di beberapa lokasi sekitar Kg Batu 4, Lebuhraya Tanah Merah–Jeli (Kampung Chedok Bukit Bunga) serta Kampung Bukit Bunga–Batu Gajah.
Operasi ini bertujuan memastikan semua premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil pelesenan serta garis panduan yang ditetapkan.
Hasil operasi:
• Dua (2) Notis Amaran dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa lesen (UUK 3).
• Tiga (3) Tawaran Kompaun dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa lesen (UUK 3).
• Satu (1) Tawaran Kompaun dikeluarkan atas kesalahan gagal menjalani pemeriksaan kesihatan pengendali makanan (UUK 17(1)).
Pihak Majlis akan terus mempergiatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Semua peniaga diingatkan supaya mematuhi syarat pelesenan serta keperluan kesihatan yang telah ditetapkan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #Penguatkuasaan #Pelesenan #TanahMerah