Operasi Kawalan & Pemeriksaan Lesen Pasar Tani

TANAH MERAH, 01 Mei 2026 (Jumaat) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi kawalan dan pemeriksaan lesen di kawasan Pasar Tani, Jalan Pechong bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 10 tawaran kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tidak memperbaharui lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019. Tindakan turut diambil terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur dan terkawal.

Orang ramai dan para peniaga diingatkan agar sentiasa memperbaharui lesen perniagaan masing-masing bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah #Penguatkuasaan #Pelesenan #PasarTani #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook