Operasi Pasukan Tindakan 3.0: Penyelarasan Lesen dan Papan Iklan di Jalan Kubur

TANAH MERAH, 14 JUN 2026 (AHAD) – Bahagian Penguatkuasaan bersama Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan Operasi Pasukan Tindakan 3.0 untuk menyelaraskan kadar lesen serta papan iklan di sepanjang Jalan Kubur.

Pemeriksaan dijalankan ke atas premis perniagaan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat dan peraturan pelesenan yang ditetapkan oleh majlis.

Hasil pemeriksaan mendapati satu premis beroperasi tanpa lesen yang sah. Sehubungan itu, satu notis tawaran kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tanah Merah) 2019.

Majlis Daerah Tanah Merah turut mengingatkan semua peniaga supaya memastikan lesen perniagaan sentiasa diperbaharui dan dipamerkan di tempat mudah dilihat bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

#TaskForce #Pelesenan #Penguatkuasaan #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook