TANAH MERAH, 28 JULAI 2026 (SELASA) – Dalam satu operasi pemeriksaan di premis perniagaan sekitar Kampung Sat, Tanah Merah, penguat kuasa MDTM telah mengeluarkan Notis Tawaran Mengkompaun Kesalahan berjumlah RM 1,000.00 di bawah Seksyen 109, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Tindakan tegas ini diambil berikutan tindakan pelesen yang gagal mematuhi notis/syarat syarat lesen dengan menggaji warga asing sebagai penjaga kaunter. Berdasarkan syarat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Jabatan Imigresen Malaysia, pekerja asing adalah dilarang sama sekali untuk bertugas di bahagian kaunter atau pembantu jualan perniagaan runcit.
Pihak Majlis ingin mengingatkan kepada semua pelesen dan pengusaha premis perniagaan telah dikenakan kompaun bahawa sekiranya pelesen gagal menjelaskan tawaran kompaun dalam tempoh yang ditetapkan serta masih ingkar mematuhi syarat notis, pihak Majlis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penutupan premis serta pembatalan lesen perniagaan mengikut perundangan dan kuasa Akta Kerajaan Tempatan 1976.
MDTM menyeru agar semua pemilik lesen sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam menjalankan urusan perniagaan. Operasi bersepadu dan pemeriksaan mengejut akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak yang melanggar syarat pelesenan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#OperasiLesenPerniagaan
#tanahmerah