TANAH MERAH, 20 Mei 2026 – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan operasi pemantauan lesen perniagaan di sekitar Kampung Tepi Sungai bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan mematuhi peraturan dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh pihak majlis.
Sepanjang operasi dijalankan, satu (1) notis amaran serta satu (1) tawaran kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah UUK 3, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Pihak majlis menasihatkan semua peniaga supaya mendapatkan lesen perniagaan yang sah bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.
#BahagianPenguatkuasaan
#MajlisDaerahTanahMerah
#PemantauanLesen
#TanahMerahBersihIndahCeria