TANAH MERAH, 1 JULAI 2026 (RABU) – Bahagian Penguatkuasaan dengan kerjasama Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi Pematuhan Lesen Perniagaan di sekitar Kampung Batu 8 bagi memastikan para peniaga mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan.
Hasil pemeriksaan mendapati satu (1) notis amaran telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen serta gagal memperbaharui lesen perniagaan.
Majlis Daerah Tanah Merah mengingatkan semua peniaga supaya mendapatkan lesen perniagaan yang sah dan memperbaharuinya mengikut tempoh yang ditetapkan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan selaras dengan peruntukan undang-undang.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#Penguatkuasaan #Pelesenan #MajlisDaerahTanahMerah #TaskForce30 #TanahMerah