TANAH MERAH, 13 MAC 2026 (JUMAAT) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti menjaja di kawasan larangan sekitar bandar Tanah Merah. Operasi ini dijalankan bagi memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta mengelakkan sebarang halangan kepada lalu lintas dan orang awam.
Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati terdapat peniaga yang dikenal pasti melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MDTM) 1991, UUK 7(1)(c). Sehubungan itu, pihak penguatkuasaan telah mengeluarkan notis amaran rasmi kepada peniaga terlibat sebagai peringatan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Majlis Daerah Tanah Merah menasihatkan para peniaga supaya menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang dibenarkan serta mendapatkan kebenaran daripada pihak majlis bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil pada masa akan datang.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#PenguatkuasaanMDTM
#PatuhiPeraturan
#TanahMerahBersihIndahCeria 📢