Operasi Penguatkuasaan Penjaja di Kawasan Sekolah

​TANAH MERAH, 2 FEBRUARI 2026 (ISNIN) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan operasi khas bagi memantau aktiviti penjajaan tanpa permit dan di kawasan larangan di sekitar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 (SKTM 1) dan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1 (SKSS1) petang tadi.

​Operasi bermula sekitar jam 4:00 petang ini menyasarkan aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan bahu jalan dan perhentian bas sekolah yang boleh mengganggu kelancaran lalu lintas serta keselamatan murid-murid.
​
Dalam pemeriksaan tersebut, pihak penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan empat (4) Notis Amaran kepada pemilik kenderaan yang menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi berkenaan. Tindakan tersebut diambil di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja (MDTM) 1991​ dan UUK 7(1)(c): Kesalahan menjaja di kawasan larangan.

​MDTM ingin menasihatkan semua peniaga dan penjaja agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memohon permit perniagaan yang sah di lokasi yang dibenarkan. Tindakan kompaun atau penyitaan boleh diambil sekiranya amaran yang diberikan gagal dipatuhi.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#PenguatkuasaanMDTM
#MajlisDaerahTanahMerah
#penjajadepansekolah

Lihat di Facebook