Operasi Penguatkuasaan Unit Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Tanah Merah

TANAH MERAH, 29 JUN 2026 (ISNIN) – Kakitangan Unit Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan rondaan penguatkuasaan rutin di sekitar bandar Tanah Merah pada hari ini. Rondaan memfokuskan kepada beberapa aspek utama bagi memastikan tiada kenderaan diletakkan di tempat yang dilarang dan memastikan kenderaan yang diletakkan di petak menjelaskan bayaran tempat letak kereta sebaik sahaja kenderaan diparkir.

Dalam pada itu, pihak Majlis turut ingin mengingatkan orang ramai bahawa Promosi Pengurangan Kompaun Tertunggak Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Tanah Merah masih lagi giat dijalankan. Tawaran kompaun ini adalah sah bagi kompaun yang telah dikeluarkan sebelum 1 Januari 2026 sahaja.

Orang ramai diseru untuk sentiasa mematuhi peraturan parkir dan mengambil peluang keemasan ini untuk menjelaskan tunggakan kompaun bagi mengelakkan tindakan lanjut

Lihat di Facebook