Operasi Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan

TANAH MERAH, 09 APRIL 2026 (KHAMIS)– Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan operasi penyelarasan kadar lesen dan iklan secara menyeluruh di sekitar kawasan Jedok, Batu Gajah dan Panglima Bayu bermula 8 April 2026.

Dalam masa yang sama, pihak MDTM telah mengeluarkan satu notis amaran terhadap sebuah premis di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

Sehubungan dengan itu, semua peniaga diingatkan supaya memastikan premis beroperasi mengikut syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturan pemasangan iklan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan atau sitaan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan setiap aktiviti ekonomi di daerah Tanah Merag dijalankan secara sah, teratur dan mengikut lunas undang-undang yang berkuatkuasa.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook