TANAH MERAH, 14 APRIL 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan Majlis dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan operasi serta penyelarasan lesen dan iklan di sekitar kawasan Jedok.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 3 notis arahan telah dikeluarkan kepada premis yang didapati tidak mempunyai lesen majlis. Selain itu, 1 kompaun turut dikenakan ke atas premis yang gagal memperbaharui lesen (tamat tempoh).
Pihak majlis menyeru semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan memastikan lesen perniagaan serta iklan berada dalam keadaan sah dan teratur.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #Pelesenan #Penguatkuasaan #TanahMerah