Operasi Sitaan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) Majlis Daerah Tanah Merah

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) sedang melaksanakan Operasi Sitaan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) bagi bulan Mei 2026. Operasi tegas ini menyasarkan pemilik harta/pegangan yang mempunyai tunggakan cukai melebihi 15 tahun ke atas.

📌 19 MEI 2026 (SELASA)
Taman Sri Kayangan

Bagi mengelakkan sebarang tindakan sitaan harta atau kesulitan di kemudian hari, semua pemilik premis/tanah di kawasan terlibat (terutamanya penduduk Taman Sri Kayangan bagi operasi esok) diminta untuk menjelaskan tunggakan cukai pintu anda dengan kadar SEGERA.

Sila kunjungi kaunter bayaran Majlis Daerah Tanah Merah atau gunakan saluran pembayaran dalam talian yang sah untuk semakan dan penyelesaian tunggakan.

Mohon kerjasama semua untuk menyebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan masyarakati setempat agar tindakan segera dapat diambil.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook