TANAH MERAH, 24 Jun 2026 (Rabu) – Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi Sitaan Tunggakan Cukai Taksiran di Kompleks Humaira dan kawasan Perumahan Taman Kota Harmoni.
Operasi ini dilaksanakan terhadap pemilik harta yang mempunyai tunggakan cukai taksiran dan tindakan sitaan diambil mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Pihak Majlis menyeru semua pemilik harta supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil. Hasil kutipan cukai taksiran digunakan bagi membiayai penyediaan dan penyelenggaraan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk di kawasan Majlis Daerah Tanah Merah.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #CukaiTaksiran #OperasiSitaan #Akta171 #tanahmerahbersihindahceria