Operasi Sitaan Vape di Kubang Gali: Tindakan Tegas Terhadap Perniagaan Tanpa Lesen

TANAH MERAH,20 JANUARI 2026 (SELASA) - Bahagian Penguatkuasaan Majlis dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah telah menjalankan satu Operasi Sitaan Vape di kawasan Kubang Gali bagi menangani aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan.

Dalam operasi tersebut, tindakan sitaan telah diambil ke atas premis yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah. Tindakan ini dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Pihak Majlis ingin memberikan peringatan tegas kepada semua peniaga agar memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan barangan perniagaan disita dan dikenakan tindakan undang-undang lanjut.
Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan secara konsisten bagi memastikan keharmonian dan kedaulatan undang-undang di Daerah Tanah Merah sentiasa terpelihara.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#operasisitaanvape
#bahagianpenguatkuasaanmdtm
#TindakanTegas

Lihat di Facebook