KG AIR ASAHAN, 05 MEI 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan MDTM meneruskan Operasi Task Force 3.0 yang memfokuskan kepada Penyelarasan Kadar Lesen dan Iklan di sekitar kawasan Kg Air Asahan hari ini.
Dalam operasi tersebut, Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan MDTM telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas beberapa premis. Hasil pemeriksaan mendapati masih ada pemilik perniagaan yang gagal mematuhi Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Susulan itu, sebanyak 6 keping notis amaran di bawah UUK 3 (Berniaga Tanpa Lesen) telah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dikesan beroperasi tanpa lesen sah dan 3 keping tawaran kompaun di bawah UUK 7(1) (Tidak Memperbaharui Lesen) telah dikeluarkan bagi kesalahan gagal menjelaskan pembaharuan lesen.
Pihak Majlis menggesa semua peniaga agar sentiasa menyemak status lesen perniagaan masing-masing dan memastikan papan iklan yang dipamerkan mempunyai permit yang sah bagi mengelakkan tindakan kompaun atau penyitaan di masa hadapan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan