Operasi Task Force 3.0: Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di Kg Batu 11

TANAH MERAH, 06 Mei 2026 (Rabu) – Bahagian Pelesenan bersama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan Operasi Task Force 3.0 yang memfokuskan kepada penyelarasan kadar lesen dan iklan di sekitar Kg Batu 11.

Operasi yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis-premis perniagaan bagi memastikan pematuhan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah. Sehubungan dengan itu, sebanyak tiga (03) notis amaran telah dikeluarkan di bawah kesalahan UUK 3 (Berniaga Tanpa Lesen).

Pihak Majlis menasihatkan semua peniaga agar sentiasa memastikan lesen perniagaan adalah sah dan dikemaskini serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan di masa hadapan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#TaskForceMDTM #Pelesenan #Penguatkuasaan #MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook