Tanah Merah, 12 April 2026 (Ahad) – Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah menyertai Ops Gempur Bersepadu sempena Ops Gempur Peringkat Kebangsaan bersempena Sambutan Hari Penguatkuasa Tahun 2026.
Operasi ini merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan seramai 27 anggota keseluruhan.
Fokus utama operasi adalah pemeriksaan ke atas premis scrap metal (barang lusuh) bagi:
• Memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar
• Pemantauan pengurusan dan penyimpanan sisa e-waste
• Penyelarasan dan pematuhan lesen perniagaan
Sebanyak 3 premis telah diperiksa di sekitar Tanah Merah sepanjang operasi dijalankan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah, terkawal dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat.
#MDTM #OpsGempur #Penguatkuasaan #JAS #PDRM #TanahMerah