Ops Gempur Lesen Kedai Makan 4.0

TANAH MERAH, 20 Mei 2026 (RABU) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Ops Gempur Lesen Kedai Makan 4.0 di beberapa lokasi sekitar daerah ini termasuk Jalan Pasir Mas – Tanah Merah, Jalan Padang Siam, Simpang 4 Kusial – Batu 10, Jalan Pejabat, Jalan Ismail Petra, Jalan Banggol Taman Adabi serta Kampung Banggol, Maka Chawas.

Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 serta UUK Pengendalian Makanan (MDTM) 1991.

Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak sembilan (9) notis amaran dan tujuh (7) tawaran kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk berniaga tanpa lesen, gagal memperbaharui lesen, pekerja wanita tidak menutup aurat serta gagal menjalani pemeriksaan kesihatan.

Majlis Daerah Tanah Merah akan terus mempergiat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan.

#BahagianPenguatkuasaan
#OpsGempurLesenKedaiMakan
#MajlisDaerahTanahMerah
#MDTM
#PematuhanLesen
#TanahMerah

Lihat di Facebook