Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di kawasan Perumahan JPN Batu 11 bagi memastikan pematuhan terhadap Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak empat (4) Notis Amaran telah dikeluarkan atas kesalahan UUK 3 – Berniaga Tanpa Lesen.
MDTM menyeru semua peniaga agar mendapatkan lesen perniagaan yang sah serta sentiasa mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan. Penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
No. Notis Amaran:
* 30339
* 30340
* 30341
* 30342
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM #TaskForce30 #PelesenanPerniagaan #Penguatkuasaan #tanahmerahbersihindahceria