TANAH MERAH, 15 Jun 2026 (ISNIN) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan pemeriksaan premis perniagaan di sekitar Jalan Klinik bagi memantau tahap pematuhan lesen dan iklan dalam kawasan pentadbiran majlis.
Pemeriksaan yang dilaksanakan mendapati terdapat premis yang masih gagal mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan. Susulan itu, sebanyak dua (2) tawaran kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan tidak memperbaharui lesen perniagaan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.
Majlis sentiasa mengingatkan para peniaga agar memastikan lesen perniagaan sentiasa sah dan diperbaharui mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.
#PematuhanLesen #PelesenanMDTM #PenguatkuasaanMDTM #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria