TANAH MERAH, 08 JUN 2026 (ISNIN) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan lesen perniagaan di sekitar Kampung Batu 9 dan Jalan Kubur menerusi Operasi Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan.
Operasi ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan peniaga terhadap syarat pelesenan yang ditetapkan oleh pihak majlis. Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat aktiviti perniagaan yang dijalankan tanpa lesen yang sah.
Sehubungan itu, pihak majlis telah mengeluarkan dua (2) Notis Amaran serta satu (1) Tawaran Kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 atas kesalahan berniaga tanpa lesen.
Majlis Daerah Tanah Merah menyeru semua peniaga supaya memastikan lesen perniagaan sentiasa diperbaharui dan dipatuhi bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#PenguatkuasaanMDTM
#PelesenanPerniagaan
#MajlisDaerahTanahMerah
#tanahmerahbersihindahceria