Ops Penyelarasan Lesen & Iklan Diperkasa: Pemeriksaan Dilaksanakan di Kawasan Batu 4 & Batu 5

TANAH MERAH, 14 Julai 2026 (Selasa) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di sekitar kawasan Batu 4 dan Batu 5.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan setiap premis perniagaan memiliki lesen yang sah, mematuhi syarat-syarat pelesenan serta mematuhi peraturan berkaitan pemasangan iklan mengikut peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa. Pemeriksaan turut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan dalam kalangan peniaga terhadap tanggungjawab mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang notis amaran atau tawaran kompaun dikeluarkan, sekali gus menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan pemilik premis yang diperiksa.

MDTM mengucapkan penghargaan kepada semua peniaga yang memberikan kerjasama sepanjang operasi dijalankan. Pihak majlis akan terus melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala di seluruh kawasan pentadbiran bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan dan peraturan yang ditetapkan sentiasa dipelihara, seterusnya mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih teratur, selamat dan kondusif.

#MDTM #TaskForceMDTM #Pelesenan #Penguatkuasaan #PematuhanLesen #tanahmerahbersihindahceria

Lihat di Facebook