Pasar Rakyat Kelagro

TANAH MERAH, 14 MAC 2026 (SABTU) – Program Pasar Rakyat Kelagro yang melibatkan penyaluran bantuan subsidi Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat melalui pemberian potongan harga bagi barang mentah, barang kering dan lain-lain keperluan asas telah berlangsung dengan jayanya pada 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Dato Seri Vida, Sekolah Maahad Ahmadi, Tanah Merah.

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan, di samping memastikan mereka dapat memperoleh barangan keperluan harian dengan lebih mudah dan berpatutan.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuhkan lagi agenda kebajikan rakyat di negeri Kelantan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#PasarRakyatKelagro
#KebajikanRakyat
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook