Pasukan Boling MDTM Unggul, Rangkul Gelaran Johan Keseluruhan Kejohanan Boling Antara PBT Kelantan 2026 Anjuran Bank Rakyat

KOTA BHARU, 14 NOVEMBER 2026 (SABTU) – Pasukan boling Majlis Daerah Tanah Merah melakar kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan sempena Kejohanan Boling PBT Kelantan 2026 anjuran Bank Rakyat. Kejohanan ini memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi serta persaingan sengit antara PBT di seluruh negeri Kelantan.

Kejohanan dimulakan dengan taklimat ringkas dan ucapan alu-aluan oleh En. Muaz Razzie Bin Roslan (Pemangku Ketua Wilayah Kel/Ter), diikuti dengan gimik perasmian balingan mula oleh YABhg. Dato’ Roshdi Bin Ismail (YDP MPKB-BRI).

Senarai Kejayaan & Pencapaian Pasukan Boling MDTM:
👉Johan Keseluruhan kejohanan.
👉Tempat ke-1 dan ke-2 bagi Kategori Individu Wanita.
👉Tempat ke-5, ke-8, dan ke-9 bagi Kategori Individu Lelaki.
👉Grand Prize Cabutan Bertuah Lelaki
👉Grand Prize Cabutan Bertuah Wanita

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook