Pasukan Inovasi MDTM sertai AI Nexus Challenge 2026

Kuala Lumpur , 3 Julai 2026 (Jumaat) – Pasukan Inovasi Majlis Daerah Tanah Merah (SMART TEAM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM, bersama YBrs. Encik Mohd Khairul Izwan bin Che Soh dan YBrs. Encik Mohd Azran Ab Aziz, telah menyertai Majlis Kick Off AI Nexus Challenge 2026 anjuran Jabatan Digital Negara dan National AI Office (NAIO).

Selain itu, pasukan turut menghadiri sesi bootcamp Microsoft Cloud Service Provider (CSP) yang memberi pendedahan mendalam mengenai teknologi awan dan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran kerajaan tempatan.

Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook