Pemantauan Perniagaan dan Tindakan Penguatkuasaan di Kg. Batu 10

TANAH MERAH, 18 Mei 2026 (Isnin) – Bahagian Pelesenan bersama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan pemantauan berkaitan penyelarasan kadar lesen dan iklan di sekitar Kg. Batu 10 hari ini bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan terlibat mematuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak satu Notis Amaran telah dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa lesen di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Majlis Daerah Tanah Merah akan terus mempergiatkan pemantauan dari semasa ke semasa demi memastikan semua pemilik premis mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah #PenguatkuasaanMDTM #PelesenanMDTM #TanahMerah

Lihat di Facebook