Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan bahawa Padang Merdeka dibuka semula kepada orang ramai bermula 20 April 2026 setelah selesai kerja-kerja penyelenggaraan padang.
Orang ramai digalakkan menggunakan padang secara berhemah dan menjaga kebersihan.
Sebarang aktiviti berbentuk sewaan hendaklah dibuat melalui permohonan rasmi di Pejabat MDTM.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan