Pemeriksaan Lesen Perniagaan di Sekitar Jalan Pasir Mas – Tanah Merah

TANAH MERAH, 19 Mei 2026 (Selasa) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan pemeriksaan lesen perniagaan di sekitar Jalan Pasir Mas – Tanah Merah bagi memastikan setiap premis mematuhi syarat serta peraturan pelesenan yang telah ditetapkan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, satu notis amaran telah dikeluarkan di bawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

Majlis Daerah Tanah Merah sentiasa mengingatkan para peniaga agar memastikan lesen perniagaan diperbaharui dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#BahagianPenguatkuasaan #PemeriksaanLesen #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerah

Lihat di Facebook