TANAH MERAH, 7 JANUARI 2026 (RABU) - Unit Kesihatan Persekitaran MDTM telah menjalankan operasi pemeriksaan dan penggredan tandas awam Jajahan / Daerah Tanah Merah 1/2026 sebagaimana berikut :-
1. Tandas Awam Dataran MDTM - 5 Bintang
2. Tandas Awam Taman Raudah Pechong – 5 Bintang
3. Tandas Awam Taman Guillemard (Menara Jam) – 5 Bintang
4. Tandas Awam RAC (Jalan Pasir Mas) – 4 Bintang
5. Tandas Awam Hentian Bas Ekspres – 4 Bintang
6. Tandas Awam Pasar Besar Tanah Merah – 4 Bintang
7. Tandas Awam Pasar Borong Tanah Merah – 4 Bintang
8. Tandas Awam Taman Guillemard – 4 Bintang
9. Tandas Awam Sri Remah – 3 Bintang
10. Tandas Awam Medan Selera Bazar Pechong – 3 Bintang
Pemeriksaan & penggredan dijalankan bertujuan memastikan tandas-tandas awam di kawasan Tanah Merah sentiasa dalam keadaan terbaik dan kekal Bersih, Menawan & Wangi (BMW) bagi kegunaan orang ramai.
Pihak MDTM menegaskan bahawa pemeliharaan kebersihan tandas awam merupakan tanggungjawab bersama antara pihak berkuasa dan pengguna.
Kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan masyarakat amat diperlukan bagi memastikan kemudahan yang disediakan tidak disalah guna atau dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Majlis sentiasa bersifat terbuka dalam menerima sebarang maklum balas. Sebarang aduan atau laporan mengenai kerosakan kemudahan awam boleh dikemukakan secara terus kepada Majlis Daerah Tanah Merah melalui saluran rasmi yang disediakan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan