Adalah dimaklumkan kepada seluruh warga Tanah Merah bahawa pihak Majlis Daerah Tanah Merah akan melaksanakan penguatkuasaan tempat letak kereta berbayar di kawasan Jalan Perkedaiian Bergema 2 (melibatkan kawasan Kedai Dobi sehingga ke Kedai Runcit).
Pelaksanaan ini akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula pada 1 Mei 2026.
Pihak Majlis memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Pembayaran boleh dibuat dengan lebih mudah dan pantas melalui aplikasi Flexi Parking yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store, App Store dan AppGallery.
Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
#MajlisDaerahTanahMerah
#penguatkuasaantempatletakkereta