Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2025

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH ingin memaklumkan kepada seluruh penduduk daerah Tanah Merah mengenai penguatkuasaan Arahan Pentadbiran Prosedur Operasi Penguatkuasaan Sampah Kecil serta pelaksanaan Hukuman Khidmat Masyarakat yang telah berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2026.

Langkah tegas ini diambil bertujuan untuk memperkasakan tahap kebersihan persekitaran dan memupuk kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Mana-mana individu yang didapati bersalah membuang sampah kecil di tempat awam atau jalan awam di bawah seliaan Majlis Daerah Tanah Merah boleh dikenakan tindakan Denda Maksimum: Sehingga RM2,000.00; DAN/ATAU Perintah Khidmat Masyarakat (PKM): Menjalankan tugas pembersihan (seperti mencuci longkang, tandas awam, atau mengutip sampah) selama tempoh sehingga 12 jam dalam masa enam (6) bulan dengan pemakaian jaket khas pesalah.

Pihak Majlis menegaskan bahawa pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat ini bukan sekadar hukuman, malah merupakan instrumen pendidikan agar pelaku lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.

Seluruh warga Tanah Merah diseru untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan membuang sampah di tempat yang disediakan demi merealisasikan persekitaran yang bersih, indah dan ceria.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook