TANAH MERAH, 20 APRIL 2026 (ISNIN) – Dalam usaha memperkasakan perkhidmatan pelanggan dan memudahkan urusan masyarakat setempat, program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran akan dilaksanakan pada 23 April 2026 bertempat di Masjid Taman Desa Barakah.
Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Taman Desa Barakah dan Taman Sri Remah untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran tanpa perlu hadir ke pejabat MDTM.
Sebagai langkah persediaan, pasukan taskforce Unit Cukai telah menjalankan kerja-kerja hebahan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan terlibat bermula hari ini. Hebahan ini bertujuan untuk mengedarkan risalah maklumat serta memastikan penduduk peka terhadap kehadiran kaunter bergerak tersebut.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#hebahankaunterbergerak
#CukaiTaksiranMDTM