Dimaklumkan bahawa Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Tanah Merah akan mengadakan Program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran bermula bulan Januari sehingga Disember 2026.
Sehubungan dengan itu, pemilik harta yang ingin membuat urusan sebagaimana berikut boleh hadir ke kaunter tersebut.
➡️Menyemak bil cukai taksiran
➡️Membuat bayaran bil cukai taksiran
➡️Membuat permohonan pindahmilik bil cukai taksiran
Jadual Program Kaunter Bergerak Cukai Taksiran adalah sebagaimana dilampirkan. Sebarang perubahan masa atau tempat akan dimaklumkan melalui Facebook Rasmi Majlis Daerah Tanah Merah.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#jadualkaunterbergerak
#cukaitaksiran2026
#MajlisDaerahTanahMerah