Hebahan Kepada Semua Penyewa Gerai/ Kios Milik MDTM

PERKARA: ARAHAN MENJALANKAN OPERASI PERNIAGAAN

Dimaklumkan bahawa semua penyewa gerai/kiosk milik MDTM hendaklah menjalankan operasi perniagaan seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewa. Penyewa adalah diingatkan supaya tidak membiarkan premis perniagaan ditutup tanpa alasan yang munasabah atau tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak Majlis.

Merujuk kepada perjanjian sewa, pihak Tuan/Puan hendaklah sentiasa menjalankan perniagaan di premis sewaan tanpa cuai pada setiap hari dan SEKIRANYA Tuan/Puan gagal menjalankan perniagaan selama empat belas (14) hari berturut-turut ATAU gagal menjalankan perniagaan selama empat belas (14) hari dalam satu (1) bulan MAKA Tuan/Puan adalah disifatkan sebagai telah melakukan pecah kontrak dan MDTM berhak untuk memberi notis penamatan kepada penyewa.

Sehubungan itu, semua penyewa diminta memberikan komitmen dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian sewa. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pihak Majlis berhak mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan syarat-syarat perjanjian sewa.

Kerjasama dan perhatian semua penyewa amatlah dihargai bagi memastikan premis perniagaan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook