Dimaklumkan bahawa pengoperasian dan penguatkuasaan tempat letak kereta (TLK) oleh Majlis Daerah Tanah Merah akan bermula pada 15 Februari 2026 di kawasan Bandar Baru, Kota Harmoni.
Kawasan terlibat:
1. Jalan Harmoni Jaya - Sisi bangunan Kedai Emas Madinah hingga Kedai Serbaneka DIY – P.Raya NISO (kiri dan kanan jalan)
2. Jalan Harmoni Indah – Klinik Premier hingga Klinik Anda (kiri dan kanan jalan)
3. Jalan Harmoni Bestari – Hadapan Premis Jiwa Kopi dan Bingsu (kiri dan kanan jalan)
4. Jalan Harmoni Setia – Hadapan Premis Persendirian
5. Jalan Harmoni Citra – Sisi bangunan Perodua – Pesuruhjaya Sumpah – Ayam Gepuk
Sehubungan dengan itu, orang ramai dan pemilik premis dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi Flexi di telefon pintar masing-masing bagi memudahkan urusan pembayaran tempat letak kereta.
Sila patuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.
Sekian untuk makluman dan perhatian semua.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#PenguatkuasaanTempatLetakKereta
#BandarBaruKotaHarmoni
#FlexiParking
#UnitTempatLetakKeretaMDTM