Majlis Daerah Tanah Merah memohon supaya pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi Berwarna Hitam dengan nombor pendaftaran SY 8617 hadir ke pejabat Majlis Daerah Tanah Merah untuk perbincangan susulan isu langgar pasu bunga milik Majlis pada 28/02/2026 (Sabtu) yang telah mengakibatkan kerosakan pada tiga (3) unit pasu bunga hiasan dengan anggaran kerugian berjumlah RM 500.00.
Sehubungan dengan itu, individu yang terlibat atau pemilik kenderaan berkenaan diminta tampil segera ke pejabat MDTM bagi menyelesaikan isu tuntutan ganti rugi secara bertanggungjawab.
Kerjasama daripada semua warga Tanah Merah untuk menyebarkan maklumat ini amatlah dihargai.