Hebahan Perkhidmatan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran Bulan Mei 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran akan diadakan bagi memudahkan urusan pembayaran cukai taksiran penduduk setempat seperti yang berikut:

🗓 Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)
📍 Lokasi: Masjid Ismail Petra Tanah Merah
⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Penduduk boleh hadir untuk membuat pembayaran secara terus di kaunter bergerak atau menggunakan kemudahan perbankan internet dan JomPAY.

Untuk sebarang pertanyaan:
📞 017-843 6026
📧 Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook