Hebahan Rasmi: Pengurusan Sisa Elektronik (E-waste) yang Betul dan Selamat

Sila ambil maklum bahawa pengurusan sisa elektronik atau e-waste memerlukan perhatian khusus kerana ia mengandungi bahan berbahaya yang boleh mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul.

Berikut adalah panduan perkara yang perlu dan tidak boleh dilakukan:

PERLU DILAKUKAN:

✅ Bawa e-waste anda ke Pusat Kitar Semula MDTM yang terletak di Bangunan Bergema, Jalan Klinik, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Waktu operasi: Ahad hingga Khamis, 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang.

✅ Pastikan e-waste dipisahkan daripada sampah rumah biasa supaya ia boleh diproses dengan cara yang selamat dan sesuai.

✅ Pertimbangkan keperluan sebenar sebelum membeli peralatan elektronik baharu untuk mengurangkan penghasilan sisa.

TIDAK BOLEH DILAKUKAN:

❌ Jangan buang e-waste di tempat pelupusan yang tidak dibenarkan atau kedai barang lusuh yang tidak mempunyai kebenaran.

❌ Jangan masukkan ke dalam tong sampah awam dan jangan membakarnya kerana ia akan membebaskan gas beracun.

❌ Jangan cuba membuka atau memproses e-waste sendiri kerana risiko pendedahan bahan kimia berbahaya.

E-waste bukan sekadar sampah.. ia adalah sumber yang boleh dikitar semula jika dikendalikan dengan betul. Marilah kita bekerjasama menjaga alam sekitar dengan membuang e-waste di tempat yang sah dan selamat.

Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook