Jom Sertai Program Perasmian Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026

18 JULAI 2026 @ 5.30 PETANG
PASAR MALAM MEDAN TIJARI | BANDAR TANAH MERAH

Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan akan menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Pasar Malam Bersih 2026 yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis MDTM, Ketua-ketua Jabatan, Agensi-agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Para Peniaga, Tiktoker serta pengunjung.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti
1. Pameran Kesihatan, PKD Tanah Merah
2. Pameran Menutup Aurat, PAJ Tanah Merah
3. Booth Jasmine Food #SinarUntukGaza
4. Kaunter Pelesenan, MDTM
5. Kaunter Cukai Taksiran, MDTM
6. Kaunter Skim Perlindungan, PERKESO
7. Kaunter Skim Mikro Kredit, BSN
8. Edaran Beg Kitar Semula
9. Edaran Apron

Kempen ini merupakan satu program yang julung kali diadakan untuk membudayakan amalan kebersihan di semua tapak pasar malam di Tanah Merah serta tanggungjawab bersama yang perlu dipraktikkan oleh penganjur, peniaga, pengunjung dan seluruh komuniti.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
KPKT Malaysia

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!

Lihat di Facebook