Makluman Penting: Pembaharuan Lesen Perniagaan Tahun 2026

Adalah dimaklumkan bahawa proses pembaharuan Lesen Perniagaan Majlis Daerah Tanah Merah bagi tahun 2026 kini dibuka. Semua pemegang lesen perniagaan dikehendaki membuat pembaharuan mengikut jadual dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sila bawa bersama semasa berurusan di kaunter:

✅Salinan Lesen Perniagaan
✅Kad Pengenalan
✅Gambar ukuran Passport dan Laporan Suntikan Tifoid (Bagi Pembaharuan Kad Pengendali Makanan)

⚠️ PERINGATAN PENTING
SEMUA PENIAGA BERLESEN PERLU MENYEMAK TARIKH TAMAT LESEN PERNIAGAAN DAN MEMASTIKAN LESEN PERNIAGAAN DIPERBAHARUI 2 BULAN SEBELUM LESEN TAMAT TEMPOH.

💬Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Awam
Majlis Daerah Tanah Merah
📞 Telefon: 09-9556023 / 09-9556026
📧 E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan pematuhan tuan/puan amat dihargai.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#pembaharuanlesenperniagaan2026
#MajlisDaerahTanahMerah
#PelesenanMDTM

Lihat di Facebook