📢 Notis Arahan Jadual Pembuangan Sampah (Tong Awam & Domestik)

Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa pembuangan sampah di tong awam dan domestik hanya dibenarkan pada waktu yang telah ditetapkan, iaitu:

🕕 Setiap Hari
⏰ 6.00 petang – 8.00 pagi

Penduduk dan peniaga diminta untuk mematuhi jadual ini bagi memastikan kawasan bandar sentiasa bersih, teratur dan tidak menimbulkan masalah bau serta pencemaran. MDTM menjangkakan jumlah kutipan sampah meningkat semasa musim perayaan dengan kepulangan perantau dan aktiviti rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Jom sama-sama mematuhi jadual pembuangan sampah supaya tidak memberi tekanan kepada sistem pengurusan sisa sampah.

⚠️ Tindakan kompaun boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Daerah Tanah Merah) 2019 sekiranya didapati gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam usaha memastikan Tanah Merah sentiasa Bersih, Indah dan Ceria.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria #JadualPembuanganSampah #jagakebersihan

Lihat di Facebook