Notis Pemakluman: Penutupan Taman Guillemard View@kusial

Sila ambil maklum bahawa Taman Guillemard View@Kusial akan DITUTUP bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing Sungai Kelantan.

Langkah penutupan ini terpaksa diambil demi memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh projek berjalan.

Berikut adalah perincian maklumat mengenai penutupan tersebut:

📍 Lokasi Terlibat: Taman Guillemard View@Kusial

🏗️ Agensi Pelaksana: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tanah Merah

📅 Tempoh Projek: Mulai 03 Jun 2026 sehingga 21 Oktober 2026 (atau sehingga kerja-kerja selesai sepenuhnya)

Mohon semua pengunjung tidak menceroboh masuk ke kawasan zon kerja.

Kerjasama dan keprihatinan anda amatlah dihargai demi keselamatan bersama. Kesulitan amat dikesali.

ATAS ARAHAN,
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook