Dimaklumkan kepada seluruh warga Tanah Merah dan pengunjung awam, Taman Guillemard View@Kusial DITUTUP sepenuhnya berikutan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan tebing Sungai Kelantan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tanah Merah.
Tarikh Mula: 03 Jun 2026
Tarikh Selesai: 21 Oktober 2026
Sebab Penutupan: Kerja-kerja Pembaikan & Pengukuhan Tebing Sungai Kelantan bagi tujuan keselamatan awam.
Sepanjang tempoh penutupan ini, DILARANG SAMA SEKALI menjalankan sebarang aktiviti tanpa kelulusan bertulis daripada Majlis Daerah Tanah Merah, termasuk:
❌Perhimpunan, program, atau acara swasta
❌Aktiviti berniaga atau perkhemahan
❌Sukan atau rekreasi
❌Lain-lain aktiviti berkaitan
Pihak yang ingkar atau melanggar arahan ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peraturan yang berkuat kuasa.
Sila patuhi semua tanda amaran dan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Kerjasama anda amatlah dihargai demi keselamatan bersama.
Atas Arahan:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanah Merah
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan