Notis Pemberitahuan:

PELAKSANAAN OPERASI SITAAN CUKAI TAKSIRAN (CUKAI PINTU) MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

Perhatian kepada pemilik hartanah di kawasan daerah Tanah Merah.

Majlis Daerah Tanah Merah akan menjalankan Operasi Sitaan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) bagi bulan April 2026. Operasi ini menyasarkan pegangan yang mempunyai tunggakan cukai melebihi 15 tahun ke atas.

Sila ambil maklum jadual operasi di kawasan-kawasan berikut:

🗓️ 21 APRIL 2026 (SELASA)
📍 Taman Merah Jaya
📍 Taman Sri Kemunting

🗓️ 28 APRIL 2026 (SELASA)
📍 Taman Damai
📍 Taman Mas Merah
📍 Taman Desa Damai
📍 Taman Kenanga
📍 Taman Ten
📍 Taman Tanah Merah

Sila jelaskan tunggakan cukai anda dengan segera di kaunter MDTM atau melalui saluran pembayaran dalam talian yang sah sebelum tarikh operasi bagi mengelakkan tindakan sitaan harta alih di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang atau media sosial rasmi MDTM.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#operasisitaan
#cukaitaksiranMDTM

Lihat di Facebook