Majlis Daerah Tanah Merah ingin memaklumkan bahawa semua pemilik dan pengusaha mesin kiosk makanan, minuman serta barangan am di jajahan Tanah Merah diwajibkan mendapatkan lesen perniagaan daripada MDTM.
Pemilik atau pengusaha yang masih belum mempunyai lesen diminta segera mengemukakan permohonan di Kaunter Pelesenan, MDTM.
Tindakan penguatkuasaan dan sitaan akan dilaksanakan ke atas mana-mana mesin kiosk yang gagal mendapatkan lesen bermula 1 Mac 2026.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam MDTM di talian 09-9556023.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #MDTM #Pelesenan #tanahmerah