Majlis Daerah Tanah Merah akan melaksanakan Operasi Sitaan Cukai Taksiran (Cukai Pintu) pada 27 Julai 2026 (Isnin), jam 3.00 petang di kawasan berikut:
✅ Taman Desa Barakah
✅ Taman Sri Remah
Para penduduk yang mempunyai tunggakan cukai diminta untuk melunaskan tunggakan cukai taksiran dengan segera bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan penyitaan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui kepada Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Tanah Merah di talian 0178436026.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#HEBAHANAWAM
#operasisitaan
#CukaiTaksiran