Adalah dimaklumkan bahawa pihak MDTM akan melaksanakan pemindahan lokasi tong RORO bagi memudahkan pengurusan sisa pepejal di kawasan sekitar.
Maklumat pemindahan adalah seperti berikut:
Tarikh Berkuat Kuasa: 19 Julai 2026 (Ahad)
Lokasi Asal (Dari): Pasar Awam Batang Merbau
Lokasi Baharu (Ke): Kampung Jelakong, Batang Merbau (Koordinat: 5.806757, 102.043365) Bahu jalan ke Gual Ipoh
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk membuang sisa sampah di lokasi baharu yang telah ditetapkan bermula tarikh tersebut.
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#pemindahanlokasitongRORO
#tanahmerahbersihindahceria
#MajlisDaerahTanahMerah